Starship
I'm weak T.T
Sunday, 18 March 2012 • 07:28 • 0 comments


\Bismillahirahmanirahim/ Assalamualaikum. Bak kata ayah kalau nak buat apa apa kena baca basmallah semoga semua benda yang kita buat berjalan dengan lancar. Okay, malam ni saya takda mood langsung nak cerita pasal apa yang berlaku pada cuti cuti saya yang lepas. Kemungkinan saya akan bercerita pada hari hari yang akan menjelang tiba jika masih panjang umur saya. Saya di sini berasa amat sedih sekali. Saya tak tahu kenapa.

Perasaan saya bercampur campur and saya rasa macam taknak hidup lagi. Kenapa ye? Kenapa saya rasa macam tu? Kenapa?! Kalau boleh saya taknak ada perasaan yang macam ni. Menyesakkan saya! --. Tapi kenapa mesti ada. Saya penat. Saya penat kalau saya terpaksa menipu setiap rang untuk mengembirakan hati dorang tapi hakikat saya sendiri yang sakit. Kenapa ye? Ya Allah, aku tak mampu rasanya untuk terus hidup dalam keadaan yang macam ni.

Kadang kadang saya rasa macam saya lah manusia paling worst dalam dunia ni. Apa je segala bagai kerja yang saya buat mesti ada pihak yang tak puas hati. Tapi kenapa? Kenapa mesti saya? Saya selalu mempersoalkan. Kenapa orang lain tak alami macam apa yang saya alami? Kenapa orang tu layan orang tu baik, tapi hakikat dia layan saya macam haprak. Kenapa ye? Kadang kadang saya selalu cakap dengan diri saya, apa kurang nye yang ada pada saya? Sampai kalau boleh semua orang nak buruk burukkan saya. Benci tengok saya. Marah. Dendam and so on.

Saya pun ada perasaan. Ada maruah. Ada malu. Tapi fikir,saya ada akal and saya pun manusia jugak. Saya still belajar macam mana nak jadi manusia yang boleh diharapakan. Tolong lah bagi saya ruang untuk ubah semuanyaaa. Kenapa manusia cepat menghakimi seseorang itu? Kenapa?! Kadang kadang saya cuba buang perasaan tu, sebab saya taknak kehidupan saya asyik terganggu dengan benda benda yang macam tu. Saya nak happy. Saya taknak muram, sedih. Saya nak macam orang lain, yang boleh ketawa, gembira and happy 24 jam. Tapi hakikat, dalam hati saya hanya Pencipta saya je yang tahu.

Saya solo. Saya takda sapa sapa pun nak kongsi masalah saya. Kakak? Abang? Saya tak rasa dorang boleh support saya. Sebab saya tahu dorang pun ada maslaah jugak. Saya taknak sebab saya dorang jadi takda masa untuk buat kerja dorang. Lebih baik saay pendam, daripada saya terpaksa bersedih lagi melihat kakak dan abang saya sibuk buat kerja saya. Biar hati saya sakit, asalkan hati dorang tak sakit. Tapi kenapa mesti saya? Saya tak rasa saya ni istimewa. Sebab saya selalu rasa yang diri saya paling malang. Saya tak tahu kenapa. Ya Allah, kenapa harus aku alami semuanyaaaa?

Kadang kadang saya cemburu sangat bila lihat orang lain ada mak. Manja dengan mak. Saya? Saya dah takda tempat nak bermanja. Ayah? Dia laki. Sometimes rasa macam pelik je kalau nak manja dengan ayah. Ayah pulak sibuk dengan kerja. Balik kerja penat tersu tidur. Kadang kadang takda duit terpaksa guna duit sendiri nak bayar itu ini. Kenapa banyak sangat cubaan yang harus saya hadapi? Saya hampir putus asa T.T

Saya cuba taknak nangis. Tapi hakikat setiap waktu, setiap detik malah setiap saat air mata saya menitis. Kenapa mesti saya yang kena buat semuanyyya? Mana sikap manusia yang saling prihatin? Kenapa mesti saya yang harus dipersalahkan? Sedangkan saya pun manusia biasa yang masih perlu belajar mengenali dunia. Saya tak tahu kenapa mesti saya! Kadang kadng saya selalu cakap dunia ni tak adil. Kenapa asyik saya je yang nangis, asyik saya je yang kena marah. Kena itu kena ini. Why? Kenapa mesti saya?!

Tapi saya rasa saya masih untung lagi. Sebab saya tahu masih ada lagi orang yang terima nasib seperti saya. Saya tak boleh macam ni. Saya kena kuat even pada hakikat yang sebenar saya rasa macam dah putus asa gila. Saya taknak sakitkan hati orang, saya cuba. Saya cuba sampai kadang kadang saya terpaksa tipu orang malah tipu diri saya sendiri. Kenapa ye? Kadang kadang saya fikir jugak, kenapa ada orang cakap sampai tak fikir kecik hati orang? Kejamnyaaaa. Mungkin, aku tahu Allah buat semua ni sebab Allah nak kita belajar, Allah nak kita tahuuu.

Mulai hari ni, saya tak boleh macam ni. Sedih, nangis. Mungkin ada sebab kenapa semua ni berlaku dekat saya. Allah kan tengah menguji saya. jadi saya kena kuat. Saya kena buktikan yang saya boleh. Biarlah apa yang orang nak cakap. Janji apa yang kita buat tu betul dan ada sebab mengapa kita buat macam tu. orang takkan senang bila tengok kita senang. Orang mesti nak mendengki. Takpe, Allah kan adil.Mungkin hari ni hari saya, esok lusa hari dia pulak ^^

Pernah dengar pepatah ' Manis akan muncul lepas pahit' Ya, benda tu betul. Allah beri kita rasa susah susah dulu. Allah beri kita rasa pahit. Tapi Allah akan hadirkan manis untuk hamba hambanya yang sabar atas setiap ujian yang diberikan. Allah pemurah, Allah penyayang. Allah takkan hukum hamba hamba dia luar dari kemampuan dia. Allah sayang hamba hamba-Nya. Jadi, kita tak boleh cepat putus asa. Kuat semangat and yang penting jangan pernah lupa Allah.

Saya harap akan ada orang yang betul betul paham saya. Selalu teman saya bila saya sangat memerlukan. Saya harap dia sentiasa ada dengan saya. Hamidi, saya harap awak takkan pergi jauh dalam hidup saya. Mungkin ada hikmah kenapa Alah hadirkan orang yang sabar macam awak dengan perangai saya. Saya bersyukur sangat sebab Allah masih dengar doa saya. Saya harap awak sanggup bersama saya susah dan senang. Saya harap sangat :-)

Cukup lah kalau selama ni saya rasa diri saya cukup cukup terhina. Saya nak berubah and saya boleh buat yang terbaik. Biar 1000 orang hina saya tapi saya ada 1 orang yang selalu bersama saya. Sokong saya. Allah is the one! Biar rang cakap kita, insyAllah dunia balas dunia. Mungkin akan ada benda yang lagi dasyat berlaku pada diri dia. Hukum karma~ Kita buat orang, orang buat kita balik ^^ Saya undur diri dulu. Luahan hati~ Assalamualaikum.


The Disclaimer!


Welcome to my paradise.Introduce me, Nana |15y/o | Taken by Muhammad Hamidi. Chocolate is my bestfriend. Hate liar, backstabber and copycat. In love with K-pop and Elmo. Thanks visit here and Please, follow me :-) *shake hand!
Profile

Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Nana